
Masyarakat Bugis mula bertapak di Tanah Melayu sejak kurun ke-16. Pada masa it, beberapa tempat baru masyarakat bugis, antaranya di Johor,Selangor, Pahang dan Sabah.
Pahlawan Bugis terkenal kerana ilmu pelayaran dan keberanian mereka. Masyarakat bugis juga sangat berpegang teguh pada adat dan kebudayaan dalam kehidupan mereka. Walaupun diriku, berketurunan Bugis pada darah ayah dan sebelah ibuku namun aku tidaklah berapa fasih dalam penggunaannya.
Teringat pada rakan sekerja yang begitu menyukai keenakan Burasak yang dibungkus daun pisang ini membuatkan aku mahu berkongsi resepi cara dan teknik membuat burasak ini. Buat Kak Aminah dari SMA Nilai, Insyaallah, ada rezeki nanti saya bawa ke sekolah makanan ini. Resepi ini saya ambil daripada buku yang bertajuk "SAJIAN EKSOTIK WARISAN BUGIS" karya Dr. Shahrim Karim & Norsyahidah
Ismail.
Resipi Burasak (Hidangan 10-15 orang)
Bahan
Santan (1.2 Liter/ 1 biji kelapa)
Garam ( 1 camca besar)
Beras Siam (1kg)
Daun pisang nipah muda (3 helai)
Daun Pisang nipah tua (3 helai)
CARA MEMBUATNYA
- Masak santan di dalam periuk sampai mendidih. Bubuh garam.
- Masukkan beras siam yang siap dibasuh ke dlam santan.
- Masak beras sampai kembang dan sejukkan seketika
- Potong daun pisang muda menjadi segi empat lebih kurang 26.5 cm X 16cm. Daun muda digunakan agar burasak nampak bersih dan cantik.
- Letak 2 camca besar beras yang separuh masak di atas daun pisang muda.
- Mampatkan beras dan bungkus dengan kemas
- Susun 6 bungkus burasak tadi di atas daun pisang muda yang dipotong panjang dan balut dengan kemas.
- Kemudian bungkus lagi dengan Daun Pisang nipah tua yang lebar lebih kurang 32cm X 48cm. Ikat kemas dengan tali rafia.
- Didihkan air dan masukkan bungkusan burasak.pastikan semua bahagian terendam di dalam air.
- Rebus lebih kurang 8-10 jam untuk mendapatkan hasil yang lebih enak dan tahan lama.
- Boleh dihidang sebagai pengganti nasi dan dimakan dengan Asam pedas Ikan Parang..
Selamat mencuba...



salam kenal
ReplyDeletesamalah kita peminat burssak