Pages - Menu

Followers

Saturday, 26 January 2013

Wahai Anakku...

Wahai anakku
Kehadiran kau telah aku nantikan
Setelah 9 bulan kau berada di dalam perutku ini
Penat lelah dan sakit aku tanggung selama ini
Hilang pabila aku terdengar suara tangisan kau 
Buat pertama kalinya


Wahai anakku
Siang malam aku berdoa
Agar kau sentiasa sihat sentiasa
Aku tatang kau dengan penuh kasih sayang
Agar kau membesar menjadi dengan sempurna

Wahai anakku
Harapan aku
Kau akan bisa menjadi
Seorang manusia
Bukan sekadar manusia biasa
Tetapi manusia dengan penuh dengan jiwa kehambaaan
Kepada Tuhan Yang Satu


Wahai anakku
Aku harap kau bisa menjadi perisaiku
Menjadi penyelamatku
Di dunia dan akhirat
Bekalan doa yang kau berikan kepadaku
Amat aku dambakan

Wahai anakku
Dengarkanlah harapan ibumu ini
Jagalah dirimu, hatimu yang suci dan putih itu
Daripada noda-noda hitam dunia ini


Salam Sayang, Salam Perkenalan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya.

Assalamualaikum pembuka wadah.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim.

Seperti tajuk entri di atas, izinkan saya menyampaikan salam perkenalan buat semua pembaca blog ini.

Eh, kenapa ya saya wujudkan blog ini?

Emm, salah-satu sebab utama ialah kerana Tugasan Individu yang telah diamanahkan oleh pihak IPG kepada  saya dan rakan-rakan seperjuangan.

Tidak terfikir pula terpaksa membuat assignment walaupun sudah tamat Ijazah Sarjana Muda beberapa tahun yang lalu.

Tapi semua ini saya ambil sebagai suatu cabaran demi merealisasikan impian saya untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi.

Ah, lupa pula hendak saya beritahu anda yang saya ini seorang guru di Sekolah Menengah Agama Nilai. Sudah hampir 3 tahun saya berkhidmat di sini.

Moga-moga Kursus Dalam Cuti (KDC) ini mampu membuka mata dan minda saya untuk menimba ilmu mengenai pendidikan.

Doakan saya ya?

Saya dan guru-guru SMAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...