Pages - Menu

Followers

Monday, 18 November 2013

Kesilapan dalam mendidik anak

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : 

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : 
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." (Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 

Kesilapan pertama : Kurang berdoa 

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah 
  • Saidul (penghulu) Istighfar 
  • Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) 
  • Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38) 
  • Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 


1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah 
  • Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128) 
  • Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74) 
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 


Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : 
  • menakutkan anak-anak dengan sekolah 
  • menakutkan dengan tempat gelap 
  • menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau 
  • menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 


Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak 
  • tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak 
  • terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 


Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif 
  • mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). 
  • membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 


Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). 
  • ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 


Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." 
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas 
  • ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 


Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 


Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 


Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, dibolehkan merotan anak dengan tujuan mendidik  dan ada syarat serta cara-caranya agar tidak mencederakan.


Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 


Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 


Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 


Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 


Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

=================================  
Sumber: Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998 
                Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa

Saturday, 15 June 2013

JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN KERAJAAN 2013


Cara Mendidik Anak Solat








  1. Mengajak anak-anak mengerjakan solat sejak mereka sejak usia mereka 7 Tahun lagi. Caranya dengan mengamalkan solat berjemaah.
  2. Ibu bapa sentiasa berdoa agar menjadikan anak kita tergolong dalam golongan orang-orang yang cinta kepada solat dan ilmu agama. Panjatkan doa berterusan dengan keikhlasan. Jangan berputus asa dan bersangka baik dengan Allah.
  3. Ibu bapa perlu sentiasa bercerita tentang keistimewaan dan kepentingan solat. Mungkin ibu bapa boleh mengajukan soalan-soalan tentang bacaan solat dan seumpamanya. Contohnya: " Berapakah bilangan bacaan sujud dalam solat Subuh?."
  4. Selain itu, ibu bapa boleh menceritakan tentang keajaiban dan kelebihan solat seperti perbuatan sujud dapat menjadikan proses peredaran darah sempurna, iaitu apabila darah mengalir satu arah dengan tarikan graviti. ketika sujud, jantung manusia akan lebih rendah. Oleh itu, darah yang berada pada bahagian kaki akan mudah mengalir menuju ke arah jantung untuk melalui proses pembersihan sebelum boleh digunakan semula oleh sistem tubuh badan kita.

Monday, 3 June 2013

PETUA MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN



tips untuk mendapatkan anak perempuan♥

TIPS 1

15-20min sblm bersama, isteri perlu membasuh kemaluan menggunakan cuka masak bercampur air (1 sudu kecil / segelas air), berbeza kalu nak kan bayi lelaki perlu basuh kemaluan menggunakan soda bikarbonat bercampur air (1 sudu kecil / segelas air)

Adalah dipercayai benih yang membawa kromosom lelaki 
adalah lebih aktif dalam pergerakan dan seringkali ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat. Dan dipercayai juga benih yang membawa kromosom lelaki mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X). Benih yang membawa kromosom lelaki juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan boleh hidup dalam cecair yang berasid.

**kaedah ini dipercayai memberi peratusan 75-80% ketepatan utk berjaya....tp jgn la dok mengharap sgt tips ni blh memberi kejayaan, apa2 pun bergantung pd kuasa Tuhan, kita setakat mencuba ja**


TIPS 2

KALENDAR KESUBURAN BULANAN

( cth; sekiranya haid sang isteri jatuh pd 1hb )


Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki ) : 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan ) : 18,19,20,21,22,23,24 ( 7 hari )


Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )

Walaupun masa haid kita hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.


Jadi pada hari ke 11 hingga 17, kita dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.


Mulai tarikh 18 hingga 24, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan


Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 ( lagi seminggu nak period ) selalu kita akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda kita akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb ( selalunya akan tercepat atau selewat sehari ) dari tarikh period last.


Berdasarkan kalendar di atas, bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid kita bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Katakan lah haid kita jatuh pada 12hb hingga 17hb(6hari), maka tarikh 22-28hb adalah sgt sesuai utk menjalankan projek bg mendapatkan ank lelaki, utk mendapat anak perempuan pulak perlu start projek antara tarikh 29hb hingga 4@5hb.


TIPS 3

Ni adalah petua org jawa :

cammni petua dia. tapi jangan bergantung saja pada petua. panjatkan doa ke hadrat allah swt. yang terbaik hanya daripada Nya dan yang buruk dari kita.
selepas bersama suami, jangan terus pergi cuci. kalau nak anak lelaki terus baring sebelah kiri dn kalau nak anak perempuan sebelah kanan sehingga terlena. tetapi selalunya kita mesti nak pergi cuci dulu ataupun mandi kan? kalau boleh cuba baring sebelah mana yang kita nak untuk dapat lelaki atau perempuan sekurang2nya 10 minit. kemudian setelah bersihkan diri atau mandi, terus tido di belah yang sama. ingat tido mengiring kiri untuk anak lelaki dan kanan untuk perempuan. lakukan yang sama setiap malam tido iaitu baring mengiring sebelah kanan atau kiri.
itu yang kjee lakukan selain doa. doa agar apa yang kita lakukan itu diberkati allah swt.
ingat ini hanya petua. hanya allah swt yang menentukan. kjee doakan awak berjaya. insya allah

TIPS 4

PEMAKANAN:

Untuk mendapatkan anak perempuan, suami kena byk makan makanan beralkali. Cth makanan beralkali ialah sayuran, buah-buahan, putih telur, dan susu. Manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang masam n berasid spt limau, asam, nenas, cuka n air bergas, elakkan makanan laut@seafood. (Sebaliknya pula kalu mahukan anak lelaki, pihak suami perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil banyak makanan beralkali)



TIPS 5

DOA:

digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan

1. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
2. Usap kandungan dengan lembut dan panggillah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aishah.
3. Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.

Soal Selidik



Salam disini saya lampirkan pautan untuk borang selidik blog saya kepada para pengunjung.Harap anda dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal selidik ini. Terima Kasih..



https://docs.google.com/forms/d/17PgY-r1nVcQAn5BmMosRxK82wXIxnRLxbytcBfjpW3s/viewform
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...