Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan,
Rasulullah S.A.W dan keluarganya.
Assalamualaikum
pembuka wadah.
Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang pada diri ini untuk
meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi
idaman setiap Muslim.
Seperti tajuk entri di atas, izinkan saya menyampaikan salam perkenalan buat semua pembaca blog ini.
Eh, kenapa ya saya wujudkan blog ini?
Emm, salah-satu sebab utama ialah kerana Tugasan Individu yang telah diamanahkan oleh pihak IPG kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan.
Tidak terfikir pula terpaksa membuat assignment walaupun sudah tamat Ijazah Sarjana Muda beberapa tahun yang lalu.
Tapi semua ini saya ambil sebagai suatu cabaran demi merealisasikan impian saya untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi.
Ah, lupa pula hendak saya beritahu anda yang saya ini seorang guru di Sekolah Menengah Agama Nilai. Sudah hampir 3 tahun saya berkhidmat di sini.
Moga-moga Kursus Dalam Cuti (KDC) ini mampu membuka mata dan minda saya untuk menimba ilmu mengenai pendidikan.
Doakan saya ya?
![]() |
| Saya dan guru-guru SMAN |

No comments:
Post a Comment